Sejak berkecimpung dalam bidang pelaburan saham, saya telah menghadiri beberapa kelas dan seminar yang dianjurkan oleh "SIFU2 SAHAM" dan saya telah merangka beberapa analisa. Dibawah saya ingin kongsikan pada anda
1. APA ITU ZERO SUM GAME?
Memang pelaburan saham adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan hanya beberapa peratus sahaja yang berjaya dalam pelaburan ini disebabkan, pelaburan saham adalah "Zero Sum Game"
Dalam pelaburan ada "Pembeli" dan "Penjual". Maknanya untuk tempoh tertentu yang menyebabkan berlaku pergerakan harga saham adalah pembeli dan penjual. Mereka yang mengerakan harga sesuatu saham.
Pelaburan ini akan menyebabkan ada yang "Untung" dan "Rugi" dan risiko ini harus kita teliti dan perhalusi sebelum membuat pelaburan
2. SAHAM DAN EMOSI PELABUR
Pergerakan harga saham boleh naik atau turun ia bergantung emosi pelabur.
Harga Naik Laju- Pelabur terlampau ghairah dan kekal positif
Harga Turun Laju- Pelabur terlampau negatif dengan sentimen
Tidak dinafikan akan ada unsur spekulasi dalam pelaburan saham sebelum sesuatu berita dikeluar.
Saya akan tampilkan beberapa contoh carta saham sebagai bahan rujukan
Kes Kajian: Wintoni:
WINTONI MONTHLY CHART
Harga saham boleh naik sehingga 200% dalam masa tidak sampai 2 bulan dan ia boleh turun semula kepada harga asal dalam beberapa bulan yang mendatang. Saham ini terlibat dalam sektor hartanah dan dalam pergerakan harga menaik sebelum ini,tiada berita2
Bagi saya, setiap bar2 harga ini melambangkan emosi pelabur dalam mengerakan harga.
Kes Kajian: Evergreen
EVERGREEN MONTHLY CHART
Harga saham boleh naik sehingga 150% dalam masa tidak sampai setahun dan ia terus kenaikan. Saham ini dalam sektor perkayuaan dan banyak menerima keuntungan hasil export barang ke luar negara dengan kelemahan ringgit.
Dalam tempoh yang singkat ini saya menjangkakan lebih banyak saham2 berkaintan export ke luar negara akan mengalami fasa "corrective" atau kejatuhan disebabkan ringgit yang makin mengukuh
3. PASARAN SAHAM NAIK ATAU TURUN BUKAN SALAH ORANG POLITIK
Saya sering menafikan apa yang berlaku dalam pergerakan harga saham bukan disebabkan salah mana2 pihak. Saya telah tampilkan dua jenis saham, pertama WINTONI dan EVERGREEN. Lihat sahaja dua carta di atas, walaupun terlalu banyak isu sensitif digembur2kan apakah harga2 saham ini terus jatuh atau turun?
Pada point no.2 saya ada sebut tentang emosi pelabur. Tahun 2014/2015, terlalu banyak isu sesnsitif digembar gemburkan dalam negara kita. Antaranya
1. Isu 1MDB
2. Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin
3. Pemenjaraan Semula Anwar Ibrahim
4. Kes Althantuya
Dalam menganalisa pelaburan saham, sentimen seperti ini memberi peluang keemasan kepada pelabur yang bijak dan ideologi politik harus diketepikan dalam membuat urusan jual beli saham.
Jika benar sentimen ini memainkan peranan mereka, kenapa semua saham tidak turun seiring dengan keluarnya berita2 negatif ini?
SAHAM NAIK ATAU TURUN SEBAB ADA CERITANYA SAHAM ITU SENDIRI, BUKAN SEBAB ORANG POLITIK.
4. PASARAN BULL ATAU BEAR TIDAK AKAN BERITAHU HARI ATAU MASA IA AKAN MUNCUL, TETAPI IA MEMBERI TANDA UNTUK KITA BERFIKIR
Banyak perkara berlaku dalam kehidupan kita ini berkait rapat dengan emosi manusia
Saya bagi contoh :
Tsunami- Tsunami tanpa memberitahu bila ia berlaku tetapi sebelum ia berlaku akan ada tanda2 banyak ikan terdambar di persisiran pantai.
Hujan- sebelum turunnya hujan, kita akan melihat langit yang mendung dan gelap serta diikuti ribut petir.
Sakit- Sebelum sesuatu penyakit itu dirawat, doktor akan membuat pemeriksaan dan melihat tanda2 atau sintom2 pada diri kita. Hasil pemeriksaan dijalankan, baru la penyakit dirawat.
Kiamat- Sebagai seorang muslim, saya percaya, tanda2 kiamat yang diberitahu tetapi tidak diberitahu bila masa, hari dan waktu akan tiba secara spesifik.
Bagi saya point no.4 ini sangat penting untuk mengawal emosi kita. Pelaburan saham adalah permainan minda yang perlu kita pelajari. Setiap yang berlaku di keliling kita da tanda2 tersendiri.
Yang pasti kita kene ingat dan sentiasa positif, apabila ramai orang cemas, lihat dan kaji tanda2 kebangkitan. Tanda "bull reversal" saya ada sebut dalam posting sebelum ini. Boleh layari untuk rujukan.
http://iamventure.blogspot.com/2016/01/2016-when-most-people-bearish-we-bullish.html
5. "MEGASALE" ADALAH PELUANG KEEMASAN
Pernah kah anda membeli belah?
Adakah apabila ada jualan MEGA dan murah, anda pasti mencari barang berjenama dan berkualiti, betul?
Kenapa anda tidak mengaplikasikan perkara sama dalam pelaburan saham?
Pilih Saham:
1. Syarikat Untung
2. Berpotensi Untung
3. Trend menaik atau potensi menaik
Apabila sesuatu saham berkualiti itu turun baru2 ini disebabkan sentimen pelabur yang tidak tentu pasal, adakah perlu kita goyah?
Seharusnya, minda kita perlu terbuka dalam pembeliaan jual beli saham seperti kita membeli belah pada apabila ada mega sale.
Apabila sentimen pudar, saham2 berkualiti ini akan meneruskankan kenaikan yang lebih tinggi.
Ambil contoh saham Nihsin dan WCT. Kedua2 saham2 ini tutup lebih tinggi daripada penghujung bulan sebelum ini dikala ramai orang berpendapat, selepas pengumuman budget harga saham akan turun.
Sebagai pelabur bijak, kita perlu tahu mencari peluang dan buka minda secara terbuka dan tidak terikut2 dengan emosi pelabur lain. Dikala orang ghairah membeli, kita menjual dan fahami trend sesebuah saham.
No comments:
Post a Comment