Wednesday, 27 January 2016

RAMAI KATA GAWAT, TETAPI KENAPA RINGGIT MENGUKUH?



Hi semua, kali ini saya nak tulis dalam bahasa pula...


Ramai diluar sana kata tahun 2016 adalah tahun gawat. Antara alasan mereka :

1. Ramai orang diberhentikan kerja terutama syarikat minyak
2. Harga komoditi minyak jatuh teruk
3. Harga barang naik disebabkan faktor inflasi

Saya dari awal lagi mengambil pandangan berbeza. Bukan pertama kali saya melihat perkara ini dan scenario gawat, bahkan saya banyak kali melihat scenario ini. Kegelisahan orang ramai adalah indikator penting bagi saya kerana ia merupakan kemuncak segala perubahan.

Pernah anda ketawa terbelahak2 sehingga keluar air mata?

Situasinya sama dalam ekonomi dunia. Apabila suatu ekonomi sampai kemuncak, akan berlaku pembetulan ekonomi terhadap harga2 pasaran.

Berbalik mengenai gawat, ramai akan berpendapat tahun 2016 akan gawat. Walhal mereka lupa,
ramai pakar2 ekonomi menyebut perihal gawat hampir setiap tahun. Lihat artikel dibawah




ARTIKEL 1



http://www.beritasemasa.com.my/prof-dr-hoo-ke-ping-kegawatan-ekonomi-malaysia



ARTIKEL 2

https://www.malaysiakini.com/news/249444




Apabila perkara disensasikan dalam media, ia akan mengalakkan orang ramai membaca, maka akan lebih ramai runsing dan gelisah kerana yang berkata tentang gawat itu adalah pakar ekonomi.

Apa yang ingin saya kongsikan pada anda semua, sebuah fakta yang hanya dapat dirungkai melalui pergerakan harga tukaran Ringgit-USD. Ini adalah fakta penting yang boleh difahami melalui carta aliran matawang


                                                     CARTA RINGGIT 10 TAHUN

Mari saya kongsi pada anda. Pada 21hb Januari 2016, saya terpangil untuk menulis blog. Saya melihat ada kekuatan pada matawang ringgit ini. Pada ketika ini harga minyak serendah 30usd untuk WTI. Sila lihat carta di bawah.


                                                         HARGA MINYAK WTI 




INDEKS KLCI 20 TAHUN




Saya berpendapat jika harga minyak pada paras 31USD, seharusnya, ringgit mencecah anggaran RM3.70 mengikut sejarah harga sebelum ini dan Indeks KLCI seharusnya mencecah 800point. Banyak persoalan yang timbul.

Secara rumusan perbandingan harga.


JAN 1998

Minyak          : 15.70USD
Ringgit          : RM4.80
Indeks KLCI : 459point


JAN 2009

Minyak          : 32.7USD
Ringgit          : RM3.60
Indeks KLCI : 872point


JAN 2016

Minyak          : 32.13USD
Ringgit          : RM4.235
Indeks KLCI : 1631point

Anda sendiri melihat perbezaan ketara antara harga minyak, ringgit dan indeks klci. Pergerakan harga tidak seimbang daripada tahun ke tahun

Maka saya buat kajiaan lebih lanjut dan rujuk "reserve BNM"



RESERVE 1998






RESERVE 2009



RESERVE 2016



Jika diselidik dengan teliti, kita akan melihat reserve bank negara makin giat bertambah, dan secara rumusnya, reserve BNM: 

1998- 20.3 billion USD
2009- 91.5 billion USD
2016- 95.1 billion USD


Reserve BNM ini penting sebagai satu indikasi bahawa negara kita mempunyai lebihan aset bagi menampung pembelanjaan negara.

Secara kasarnya, saya melihat nilai matawang ringgit saya "Undervalue" berbanding pertumbuhan ekonomi yang boleh di lihat melalui indek klci pada hari ini berbanding hari sebelumnya

Secara umumnya, tahun 2016 adalah tahun terbaik untuk melabur dikala ramai orang cemas tak tentu pasal tanpa melihat rizab dan pertumbuhan ekonomi.

Apa yang kita rasa hari ini adalah, kesan hasil kejatuhan melampau harga minyak dunia yang saya lihat hampir penghujung.


Hari ini saya melihat ringgit makin mengukuh dari hari ke hari. Pengukuhan ini didokong oleh keputusan parlimen menyokong usul menandatangani TPPA


Ok selamat malam semua



No comments:

Post a Comment